Kontributor

Diberdayakan oleh Blogger.
Mau kenal Lebih Jauh dengan Saya? Yuk Add my Facebook..^_^
Minggu

Nasihat Gadis Tanpa Kegadisan


Saya telah ternoda bukan secara paksa tetapi atas kerelaan sendiri. Saya tidak mabuk ketika itu dan sedar apa yang berlaku, tetapi saya tidak menolaknya. Saya hanya tersedar kesucian saya telah tiada setelah semuanya selesai.
Walaupun saya menangis tetapi saya tidak pula mau menerima pujukan lelaki itu untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukannya.
Bagaimana saya hendak membangkitkan rasa cinta kepadanya dan menerimanya sebagai suami?
Gadis yang telah hilang Kegadisan
Gadis yang telah kehilangan maruah sebenarnya telah kehilangan segala-galanya. Secara mudah bolehlah dikatakan sudah tiada harga diri.
Meskipun keadaan itu bukanlah penting sangat untuk terlalu dipenting-pentingkan, namun punca ia hilang sangat penting untuk diambil kira. Seandainya melalui jalan yang tidak betul, ia menjadi kehilangan yang sangat berdosa.
Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” – Surah Al-Israk: 32
Bagi semua gadis yang begini, segeralah bertaubat dan menerima lelaki yang bertanggungjawab itu. Usah dijual mahal lagi atau sengaja mengada-ngada untuk membuat pilihan.
Seandainya keadaan diri sudah diketahui lelaki lain, hanya segelintir sahaja yang akan sanggup memperisterikan saudari. Mungkin terlalu cinta ataupun saudari terlalu cantik buat mereka.
Jika ada pilihan, semua lelaki mahu memilih yang masih suci dan belum pernah ternoda. Oleh itu, saudari patut berasa malu dengan apa yang telah berlaku.
Setelah kehilangan sesuatu yang amat berharga, belajarlah menghargai orang telah menyebabkan ia teragut pergi. Siapa lagi yang kita fikirkan boleh menjadi “pak sanggup”? Baik sungguhlah orang itu jika sanggup mengambil kita.
Rata- rata lelaki akan mencipta pelbagai helah untuk lari dari daripada dipertanggungjawabkan setelah meragut kesucian seorang gadis. Tidakkah saudari merasa bertuah kerana masih disayangi bahkan lelaki itu sanggup menanggung risikonya?
Buat  gadis yang masih suci
Buat semua gadis yang masih suci, usah mudah-mudah bermain api. Sekali ternoda jalan kembali telah tiada. Kedaraan itu telah pergi buat selama-lamanya. Apa juga kaedah untuk mengembalikannya tidak akan sama.
Seorang muslimah yang masih kukuh dengan keanggunan  dan sangat menjaga kesucian diri. Andaikata saudari telah terlanjur, kembalilah ke pangkal jalan dan belajarlah bercinta sebagaimana orang beriman bercinta.
Mereka tidak sesekali ingin berbuat dosa. Seandainya terbuat juga, mereka akan segera beristigfar tidak ingin mendekatinya lagi
Oleh itu, terimalah dia sebelum dia berpaling mencari wanita lain. Belajarlah menerima dirinya terlebih dahulu. Kemudian perlahan – perlahan bina keserasian. Bertaubat dan banyakkan berdoa
Insyaallah.. nanti muncullah cinta.
Sumber : akuislam.com

0 komentar:

Label